Kenali Pembaharuan China pada Era Baharu - "Usahakan Yang Paling Sukar, Sasarkan Yang Paling Tinggi"

人民网

      (CRI)Jumaat 12 Julai 2024

      Pokok banyan alpin atau Ficus Alpine, merupakan sejenis pokok yang sering dilihat di kawasan selatan China. Pokok ini tahan kemarau dan membawa erti dinamik dan makmur dalam budaya China.

      Terdapat dua batang pokok bayan alpin yang ada cerita istimewa di sebaliknya di bandar Shenzhen, iaitu Zon Ekonomi Khas pertama di China.

      Sebatang ditanam oleh Deng Xiaoping, ketua arkitek dasar pembaharuan dan pintu terbuka China, ketika beliau melakukan tinjauan di Shenzhen pada Januari 1992. Manakala sebatang lagi ditanam oleh Xi Jinping semasa kunjungannya di Shenzhen pada 8 Dis 2012, iaitu 24 hari selepas beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC).

      "Tujuan saya ke Guangdong, iaitu barisan hadapan pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka di China, adalah untuk mengenang kembali perkembangan dasar tersebut dan mendorong dasar itu maju ke depan," kata Xi.

      Pada tahun 2013, sidang pleno ketiga Jawatankuasa Pusat ke-18 PKC meluluskan draf "Keputusan Jawatankuasa Pusat PKC mengenai Mendalami Pembaharuan Secara Komprehensif", membuka bab baharu bagi usaha memperkasakan pembaharuan secara menyeluruh di China.

      Dalam tempoh lebih sedekad lalu, Xi telah memasukkan usaha mendalami pembaharuan secara komprehensif ke dalam strategi tadbir urus negara, mendorong dasar itu dilaksanakan secara menyeluruh dan mendalam, sehingga membawakan perubahan bersejarah kepada pembaharuan di China.

      Xi pernah memetik puisi oleh Su Shi, sasterawan tersohor pada zaman Dinasti Dong, untuk meluahkan hasrat seorang peneraju pembaharuan, iaitu "Usahakan yang paling sukar dan sasarkan yang paling tinggi".