Menara Suria Garam Lebur Serlahkan Industri Tenaga Hijau Xinjiang yang Pesat Berkembang di Hami

人民网

      (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 08 Julai 2024

      Ketika fajar menyingsing pada 15 Ogos 2023, di kaunti Yiwu, bandar Hami, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang di barat laut China, 14,500 heliostat menghasilkan pemandangan mengagumkan menyerupai ladang bunga matahari yang luas. Heliostat yang disusun rapi mengikut sudut membentuk aksara yang bermaksud "Cinta China" dan "Xinjiang Cantik" menyerlahkan sentuhan menakjubkan pada Hari Ekologi Kebangsaan yang julung kali diadakan di China.

      Ini ialah loji kuasa fototerma jenis menara garam lebur di Hami.

      Dahulunya tanah tandus diliputi lautan pasir kuning, kawasan itu kini hidup, hasil pertumbuhan industri tenaga baharu. Saling tidak tumpah bak lautan biru nan luas, loji jana kuasa secara konsisten membekalkan elektrik hijau. Loji kuasa 50 megawatt ini terbentang seluas 6,600 mu (kira-kira 440 hektar), bersamaan dengan lebih 600 padang bola sepak standard. Kemudahan yang beroperasi tanpa henti ini menjana bekalan elektrik berterusan tanpa gangguan.

      Xinjiang telah mencapai kemajuan yang luar biasa dalam penjanaan tenaga boleh diperbaharui dan industri berkaitan, selain membangunkan rantaian industri lengkap yang merangkumi setiap aspek proses dengan pantas. Daripada penghasilan rod silikon monohabluran, kepada pembinaan dan pengendalian loji kuasa fotovolta, Xinjiang menggalakkan pembangunan terselaras tenaga baharu dan industri berkaitan, dan turut membentuk rantaian industri lengkap tenaga baharu.