China Catat 440 Juta Kenderaan Baharu Pada Separuh Pertama 2024

人民网

      (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 08 Julai 2024

      China merekodkan kenderaan berdaftar baharu sebanyak 440 juta unit setakat separuh pertama 2024, dengan 345 juta daripadanya merupakan kereta.

      Menurut Kementerian Keselamatan Awam China pada Isnin, jumlah kenderaan tenaga baharu (NEV) yang baharu didaftarkan untuk tempoh tersebut adalah sebanyak 4.397 juta unit, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan NEV berdaftar sebanyak 24.72 juta unit.

      Ia secara tidak langsung menyaksikan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 39.41 peratus dalam pendaftaran baharu. Sebagai perbandingan, 3.128 juta NEV telah didaftarkan pada separuh pertama 2023, iaitu peningkatan 41.6 peratus daripada tempoh yang sama pada 2022.

      Sementara itu, pemandu kenderaan berlesen pula dilaporkan sebanyak 532 juta individu, dengan 496 juta daripadanya merupakan pemandu kereta.

      Dimaklumkan, kenderaan yang berdaftar mencapai 16.8 juta unit, dan seramai 13.97 juta orang mendapat lesen memandu pada setengah tahun pertama 2024.

      Selain itu, terdapat 96 buah bandar di negara China yang mempunyai lebih sejuta unit kereta yang berdaftar.

      Untuk rekod, bandar Chengdu, Beijing dan Chongqing masing-masing mempunyai lebih enam juta, manakala Shanghai, Suzhou dan Zhengzhou pula merekodkan sebanyak lebih lima juta.