Airbus A320 Buatan China yang ke-700 Diserah kepada Pelanggan

人民网

      (CRI)Selasa 09 Julai 2024

      Pesawat Airbus siri A320 buatan China yang ke-700 telah diserah kepada pelanggannya, iaitu Syarikat Penerbangan Chengdu untuk operasi komersial semalam. Pesawat model A320neo yang dilengkapi 180 buah kerusi itu merupakan hasil tali pemasangan (assembly line) Airbus dalam senario Asia yang terletak di bandar Tianjin China.

      Sebagai yang pertama untuk kegunaan awam di luar Eropah, tali pengeluaran Airbus untuk pemasangan lengkap di Tianjin itu sudah beroperasi lebih 15 tahun. Dimaklumkan lagi, tali pemasangan yang kedua seumpama itu yang masih berada dalam pembinaan dijangka boleh beroperasi pada awal tahun 2026.