China Tidak Iktiraf Keputusan Illegal Kes Timbang Tara LCS

人民网

      (CRI)Khamis 11 Julai 2024

      Laporan "Membidas Lagi Keputusan Kes Timbang Tara Laut China Selatan (LCS)" telah dilancarkan di Beijing pada Khamis.

      Kesalahan yang wujud dalam kes timbang tara LCS serta kesan negatif yang dibawakannya terhadap landskap perundangan antarabangsa, terdedah dalam Laporan yang menumpukan kepada isu pertikaian di LCS, pentafsiran dari segi perundangan berhubung penguatkuasaan dalam kes timbang tara LCS, kepulauan yang jauh dari benua, kedudukan pulau, serta kehadiran dalam tribunal timbang tara tersebut.

      Sementara itu, China dalam laporan itu menegaskan lagi pendiriannya terhadap keputusan kes timbang tara terbabit, iaitu tidak menyertai timbang tara itu dan tidak menerima keputusan berkenaan, malah tidak akan menerima apa-apa pun pendirian dan tindakan yang diambil berdasarkan keputusan kes timbang tara itu, di sebalik gerak-geri kerajaan Filipina yang menyalahgunakan Konvensyen Undang-undang Laut Bangsa-bangsa Bersatu (UNCLOS), mengetepikan pendirian China yang mencadangkan penyelesaian perselisihan melalui rundingan, dan memfailkan dakwaan timbang tara secara sepihak.

      Dimaklumkan, laporan terbabit dilancarkan bersama oleh Pusat Huayang untuk Kolaborasi Maritim dan Pentadbiran Laut, Institut Nasional untuk Pengajian Laut China Selatan serta Persatuan China bagi Perundangan Antarabangsa (CSIL).