China Bantah Campur Tangan AS terhadap Urusan Xizang

人民网

      (CRI)Ahad 14 Julai 2024

      China membantah sekeras-kerasnya apa yang disebut "Akta untuk Menggalakkan Penyelesaian Pertikaian Xizang-China" yang baru ditandatangani Presiden Amerika Syarikat (AS) Jone Biden pada 12 Julai waktu tempatan, yang dilihat tidak sejajar dengan norma asas hubungan antarabangsa, dan sebagai campur tangan yang biadab terhadap urusan dalaman China yang sudah menjadikan kepentingan negara ini terjejas teruk, serta isyarat salah kepada kumpulan “kemerdekaan Xizang”.

      China menggesa pihak AS bertindak mematuhi janjinya yang mengiktiraf "Xizang adalah sebahagian wilayah China dan tidak menyokong 'kemerdekaan Xizang'", selain menghentikan penguatkuasaan akta tersebut. Jika AS berdegil menguatkuasaan akta itu, China pasti akan mengambil langkah dengan tegas untuk menjaga kepentingan negara yang terkait dengan keselamatan, kedaulatan dan pembangunan.