Bunga Peony Shandong Dieksport ke Luar Negara

人民网

      (CRI)Isnin 13 Mei 2024

      Sebanyak 32,300 batang bunga peony potong segar dari bandar Heze, provinsi Shandong dieksport ke Amerika Syarikat (AS) selepas lulus kuarantin di kastam mutakhir ini.

      Ini kali pertama bunga peony potong segar dari Heze dieksport ke pasaran luar negara pada tahun ini.

      Untuk rekod, jualan bunga peony potong segar dari Heze berjumlah 110 juta batang pada tahun 2023, mewakili lebih separuh daripada pasaran domestik, dan angka itu dijangka akan mencatat 120 juta pada tahun ini.

      Dearah Mudan ialah kawasan penanaman utama bunga peony di bandar Heze. Sehinggi ini, terdapat lebih 630 jenis bunga peony ditanam di daerah tersebut, dengan keluasan mencapai 2,670 hektar.

      Daerah Mudan telah menjadi pangkalan pengeluaran bunga peony yang paling luas dan jenis bunga paling banyak di negara ini.