Peningkatan Pengeluaran dan Penjualan BEV China Kekal Mantap

人民网

      (CRI)Khamis 11 Julai 2024

      Pengeluaran dan penjualan kenderaan elektrik bateri (BEV) masing-masing naik 30.1 peratus dan 32 peratus di China, dengan masing-masing mencatat 4.929 juta unit dan 4.944 juta unit pada setengah tahun pertama 2024. Syer pasaran BEV dalam landskap automobil China mencapai 35.2 peratus.

      Menurut Naib Ketua Setiausaha Persatuan Industri Automobil China, Chen Shihua, pengeluaran dan penjualan automobil di seluruh negara masing-masing meningkat 4.9 peratus dan 6.1 peratus, dengan masing-masing mencecah 13.891 juta unit dan 14.047 juta unit bagi tempoh setengah tahun pertama 2024. Sementara itu, eksport automobil buatan China meningkat 30.5 peratus, dengan menokok 2.793 juta unit.