Bekalan Tenaga Elektrik 800 Bilion kWj Disalurkan dari Xinjiang

人民网

      (CRI)Isnin 08 Julai 2024

      Bekalan tenaga elektrik sebanyak 800 bilion kilowatt-jam (kWj), dengan hampir 30 peratus daripadanya yang dijanakan berdasarkan penggunaan tenaga boleh baharu, telah disalurkan dari Wilayah Autonomi Xinjiang ke luar dalam tempoh pelaksanaan skim terbabit selama 14 tahun.

      Xinjiang bukan sahaja mendapat keuntungan dari segi ekonomi, tetapi juga menyumbang kepada usaha memastikan landskap keselamatan sumber tenaga terjamin di peringkat kebangsaan, melalui penyaluran bekalan tenaga elektrik ke luar wilayahnya.

      Setakat ini, terdapat empat saluran bekalan elektrik yang secara langsung menghubungkan Xinjiang dengan sebahagian kawasan lain di China seperti kawasan bahagian tengah dan timur yang merangkumi 20 buah provinsi dan bandar.