Mesyuarat Peringkat Menteri ke-10 Forum Kerjasama China-Negara-negara Arab Diadakan

人民网

      (CRI)Jumaat 31 Mei 2024

      Mesyuarat Peringkat Menteri ke-10 Forum Kerjasama China-Negara-negara Arab (CASCF) telah diadakan di Beijing pada Khamis, dengan dipengerusikan bersama oleh Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Menteri Luar, Wang Yi dan rakan sejawatnya dari Mauritanie, Mohamed Salem Ould Merzoug.

      Wang berkata, Presiden China Xi Jinping melalui ucaptamanya dalam majlis perasmian CASCF telah menghuraikan bahawa hubungan China-Arab boleh diteladani dalam pembangunan secara damai, saling belajar antara tamadun yang berlainan dan tadbir urus sejagat, mengemukakan “lima kerangka kerjasama”, dan mengumumkan rancangan China untuk menganjurkan Sidang Kemuncak China-Arab edisi kedua pada tahun 2026.

      "Kedua-dua pihak diharap melaksanakan konsensus yang tercapai oleh pemimpin China dan negara-negara Arab serta hasil yang dibuahkan dalam mesyuarat ini, terus memupuk rasa saling percaya dari segi strategi, teguh menyokong kepentingan teras milik masing-masing, memperkasakan kerjasama secara substantif dan berusaha melakar pencapaian yang lebih banyak dalam situasi yang saling menguntungkan dan sama menang. Serentak itu, hendaklah meningkatkan lagi koordinasi di arena antarabangsa untuk memelihara tadbir urus sejagat berjalan mengikut arah yang tepat," ujar Wang.

      Dalam pada itu, para peserta asing menyatakan bahawa kedua-dua pihak Aran dan China mempunyai prinsip, konsep dan anjuran yang sama, sedangkan hal tuju dan rancangan pembinaan “lima kerangka kerjasama” untuk mengembangkan hubungan Arab-China sangat memberangsangkan dan pasti akan menjadi penggerak kuat bagi pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib Arab-China.

      Terdapat tiga dokumen yang dikeluarkan sebagai hasil mesyuarat kali ini, iaitu Perisytiharan Beijing, Rancangan Eksekutif Tindakan Forum China-Negara-negara Arab 2004-2006, dan Pengumuman Bersama China-Negara-negara Arab mengenai Isu Palestin.